Thursday, November 6, 2008

Media Israel puji Barack Obama


BAITULMAQDIS – Media di Israel semalam memuji bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang meminta Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangannya di White House.

Sebuah akhbar di Israel turut menganggap Emanuel yang berketurunan Yahudi sebagai `orang kita di White House.’

Stesen-stesen radio dan akhbar Israel menyatakan bapa Emanuel dilahirkan di Baitulmaqdis dan pernah menjadi anggota sebuah pergerakan bawah tanah Yahudi, Irgun yang menentang askar-askar British sebelum penubuhan negara Israel.

Menurut sebuah stesen radio, Emanuel sendiri secara sukarela berkhidmat dengan tentera Israel dan bertugas selama dua bulan di sebuah pangkalan di utara Israel dalam Perang Teluk pada 1991.


“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.
“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.

OBAMA melambaikan tangan ke arah orang ramai selepas beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa stafnya di Chicago kelmarin. - REUTERS

Dr. Benjamin menyatakan anaknya itu menghabiskan masa musim panas dengan melawat Tel Aviv, Israel dan beliau boleh bercakap bahasa Hebrew tetapi tidak begitu fasih.

Sebelum ini pihak Parti Demokrat sudah meminta Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan iaitu satu tugas penting bagi membentuk perjalanan pentadbiran White House.

Emanuel pernah menjadi pembantu sewaktu Bill Clinton menjadi Presiden AS.



Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Kempen Parti Demokrat pada 2006 dan memainkan peranan penting dalam mengembalikan pengaruh Parti Demokrat selepas 12 tahun dibayangi kejayaan Parti Republikan.

Emanuel juga kekal berkecuali ketika Obama berentap dengan Senator Hillary Clinton untuk menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Demokrat.

Obama menang dalam pilihan raya Presiden AS yang diadakan pada Selasa lalu dengan menewaskan Senator John McCain daripada Parti Republikan.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada Januari depan sekali gus menjadi penduduk kulit hitam pertama memegang jawatan itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di AS menyatakan Obama kini menyenaraikan barisan kabinetnya dengan spekulasi bahawa anak bekas Presiden AS, John F. Kennedy, Caroline mungkin menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang lagi anak kepada adik Kennedy iaitu Robert F. Kennedy Jr. turut dilaporkan mungkin menjadi pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

Semalam, Obama dijadualkan menghadiri taklimat keselamatan Pengarah Perisikan Kebangsaan, Michael McConnell.

“Obama diberikan talimat berhubung kemampuan yang kita lakukan untuk AS,” kata Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Michael Hayden dalam surat kepada kakitangan-kakitangannya. – Agensi

2 comments:

  1. Ketuanan Inggeris dan kulit putih sudah ranap sepenuhnya. Takbir!

    ReplyDelete
  2. Hello there, simply become alert to your weblog thru Google, and fosbobetund that it’s really informative. I’m gonna watch out for brussels

    ReplyDelete