Thursday, October 23, 2008

Haramkan polistirena – CAP


PULAU PINANG 24 Sept. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru agar kerajaan mengharamkan serta-merta penggunaan bahan kimia polistirena yang digunakan untuk membuat bekas makanan.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, polistirena terdapat dalam dua bentuk iaitu pepejal dan cecair yang digunakan untuk membuat bekas makanan, cawan serta pinggan.

Polistirena juga, katanya, digunakan untuk membuat bekas plastik dan kertas bagi memastikan bekas makanan itu tahan lebih lama.

‘‘Kajian membuktikan bahawa polistirena merembes stirena iaitu sejenis bahan kimia dalam bekas makanan yang boleh menyebabkan kanser.

‘‘Stirena dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu salah satu agen penyebab kanser kepada manusia.

‘‘Penghasilan polistirena ini membabitkan penggunaan benzena iaitu karsinogen manusia yang bersangkut paut dengan penyakit leukemia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan harus memandang serius memandangkan bekas makanan yang mengandungi polistirena banyak digunakan oleh peniaga disebabkan harganya yang murah.

‘‘Polistirena biasanya dirujuk sebagai plastik No. 6 dan merupakan ketiga paling banyak digunakan malah penggunaannya di seluruh dunia mencecah jutaan tan setahun.


GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.

“Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP),

No.288,Jalan Macalister,10400 Pulau Pinang.

Tel No. 04-2293511
Fax No. 04-2298106
Persatuan Pengguna Terengganu(2 PTRG),

No.50D,Tingkat 1,Jalan Tok Lam,20100 K/Terengganu,Terengganu.

Tel No. 09-6220045
Fax No. 09-6220045
Read More ..

Ambil alih kerajaan: Bukan lagi keutamaan, Anwar fokus ekonomi

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

"Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Read More ..

Sunday, October 19, 2008

Guan Eng ajak Masyarakat Cina Terengganu Hayati ‘Amar Ma’aruf Nahi Mungkar’

Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Saturday, 18 October 2008

Kuala Terengganu - ”Terlebih dahulu kepada kawan-kawan yang berugama Islam saya ucapkan salam aidil fitri, selamat hari raya aidil fitri, ‘minal ‘aidin wal faaizin’,”kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memulakan ucapannya, yang disambut dengan tepukan bergemuruh, dalam satu perjumpaan dengan masyarakat Cina, disebuah hotel, disini kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat telah memerintah dengan pentadbiran baru melalui sistem ‘Competency, Accountability, Transparancy’ yang menurut beliau diterjemahkan sebagai ‘Cekap, Akauntabel, Telus’ (CAT).

”Cat itu dalam bahasa Inggeris nampaknya kucing, tentu orang kata nampak macam kucing, kucing kena tangkap tikus yang melakukan rasuah dan penyelewengan,

”dengan sistem CAT kita boleh adakan satu pentadbiran yang bersih, yang cekap dan mendengar suara rakyat, boleh mempunyai prestasi yang lebih baik daripada kerajaan yang rasuah, yang hanya jaga diri sendiri dan tak mahu dengar suara rakyat,”jelasnya (Gambar atas - Guang Eng disambut meriah)
.

Menurutnya aspek tersebut beliau ambil setelah mempelajari sistem-sistem pemerintahan dari kerajaan yang baik pada masa yang lalu.


”Dalam aspek ini, kita belajar dari sistem perintahan masa lampau yang bagus, kalau dalam Dinasti China, itu dalam Dinasti Tang, dalam empayar Rom, itu dari Maharaja yang terkemuka Marcus dan Aurelius, dan kalau lihat dalam zaman kegemilangan pemerintahan Islam tak lain lagi ialah zaman Khalifah Umar Abdul Aziz,”katanya.



Menerangkan lebih lanjut, beliau berpendapat sistem poltik pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz menjalankan pemerintahan dengan sistem ‘Amar ma’aruf Nahi Mungkar’

”Baginda memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan amar maaruf nahi mungkar, iaitu kita mesti amalkan yang baik, jauhkan diri yang (dari) buruk,

”Apa gunanya jika kita bina bangunan yang tersergam, terserlah, bangunan besar-besar tetapi diduduki oleh manusia yang jahat, manusia yang rasuah, manusia yang rakus, ini tak bermakna langsung,


“itu sebab kita mesti bina insan yang bermoral, insan bersih, insan beretika, kalau hanya puas hati dengan bangunan tersergam, tak kira sistem rohani atau batin seseorang pemimpin, kita tidak berbeza dengan zaman pemerintahan jahiliyah Mesir atau Fir’aun,”katanya lagi (Gambar kiri - Guan Eng marah, BN gagal hapuskan miskin tegar di Pulau Pinang)

Namun begitu, katanya, pada masa yang sama beliau tidak menolak kemajuan kerana menurutnya amar maaruf adalah untuk berbuat kebajikan supaya mendapat kemajuan. Justeru kejahatan dan penyelewengan membawa kepada kehancuran.

” Pada masa yang sama kita tidak membelakangkan kemajuan, kita mahu kemajuan,

“amar maaruf ialah untuk buat baik supaya kita boleh maju, dan saya yakin kita boleh maju bila kita lihat pemerintahan Islam, ia adalah paling maju didunia,
”tapi kerana rasuah, akhirnya ia sudah runtuh,”ujarya.

Beliau meluahkan rasa kesal dan marah serta menyelar kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi gagal menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang.



”Saya kata (tanya) kenapa ada miskin tegar begini, yang kebanyakkan 95% datang dari keluarga Melayu? (mereka) tidak boleh jawab,
”saya amat marah, bahawa dalam 50 tahun pemerintah Barisan Nasional, mereka tak dapat hapuskan miskin tegar, wang tak tahu terbang mana!?,”

Katanya lagi, apa yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama 50 tahun (hapuskan miskin tegar), kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinannya akan melaksanakannya dalam satu tahun.

”Bulan Mac, 2009, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama dalam Malaysia hapuskan, basmi miskin tegar,
”ini yang kita cakap amar maaruf nahi mungkar,”tambahnya.
Buletinonline
Read More ..