Saturday, September 13, 2008

MUSAFIR: Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken

MUSAFIR: Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken


Read More ..

Keadaan terjamin, tiada tangkapan baru ISA - Syed Hamid

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB



TUMPUAN… Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur petang tadi bagi mengesahkan pembebasan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri . Tan, 33, yang dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi, dibebaskan pada kira-kira 2.30 petang. Tan ditahan polis Bukit Aman di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam malam tadi untuk membantu siasatan berhubung laporannya mengenai ucapan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan isu perkauman. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, mengambil kira keadaan semasa, pihak berkuasa tidak membuat penahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kita dah buat tangkapan dan setakat ini, tiada lagi tangkapan lain yang akan dibuat,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman petang ini.

Semalam, pihak polis telah menahan tiga individu iaitu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin; wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA.

Ketika dihubungi pagi tadi oleh mStar Online, Syed Hamid berkata, pihak polis akan menilai keadaan semasa bagi menentukan keperluan membuat tangkapan dan penahanan susulan.

Syed Hamid berkata, ketiga-tiga mereka ditahan kerana pihak polis mempunyai alasan yang cukup kuat untuk mempercayai bahawa tindakan mereka sebelum ini boleh mencetuskan konflik yang membahayakan ketenteraman awam jika tindakan tidak diambil segera.

“(Tangkapan) Raja Petra, kita telah cukup berikan beliau amaran dan disiasat di bawah pelbagai akta tetapi beliau terus melakukan aktiviti (penerbitan artikel) yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat.

“Teresa (Kok) juga menyentuh isu sensitif iaitu mempersoalkan laungan azan yang sepatutnya dihentikan di waktu pagi.

“Tentang wartawan itu pula, beliau adalah individu yang mula-mula menulis tentang kenyataan Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bukit Bendera) yang kemudiannya disiarkan oleh akhbarnya sehingga ia diperdebat dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Syed Hamid berkata, Tan bagaimanapun telah dilepaskan kira-kira pukul 2.30 petang tadi kerana pihak polis telah berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan terhadapnya.

“Manakala, yang dua lagi (Raja Petra dan Teresa) akan disambung siasatan terhadap mereka dan kita akan lihat apa hasilnya nanti.

“Jika tiada alasan untuk menahan mereka, mereka akan dilepaskan dalam masa 60 hari. Jika tidak, kes mereka akan diajukan kepada Kementerian (Dalam Negeri) untuk tindakan yang sepatutnya di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.

Ketika ditanya mengapa Tan tidak hanya dipanggil untuk disoal siasat tanpa perlu ditahan di bawah ISA, Syed Hamid berkata, Tan adalah sebahagian daripada konflik yang tercetus dan penahanannya di bawah ISA merupakan langkah yang terbaik yang dikenal pasti oleh polis.

Katanya, pihak polis telah bertindak di bawah bidang kuasa mereka tanpa merujuk kepadanya.

“Memang mereka ada memberitahu saya tentang tindakan yang mereka akan lakukan tetapi saya tidak terlibat dalam keputusan mereka dan saya tidak boleh terlibat dalam sebarang keputusan yang mereka ambil,” katanya.

Syed Hamid berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya, kadangkala interaksi antara kaum boleh menjadi rapuh.

Justeru katanya, pihak polis tidak boleh menunggu sehingga ia menjadi semakin teruk sebelum mengambil tindakan.

Ditanya mengapa tindakan di bawah ISA tidak turut dikenakan terhadap Ahmad, Syed Hamid berkata, Ahmad telah dikenakan hukuman oleh Umno iaitu digantung keahliannya selama tiga tahun dan beliau juga sedang disiasat berikutan beberapa laporan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atasnya.

Syed Hamid turut semua pihak melihat penahanan tiga individu itu sebagai isu yang melibatkan keselamatan negara dan bukan atas dasar perkauman.
Read More ..

Sokong Produk Muslim-Radix Fried Chicken

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah

Waktu Perniagaan RFC:
Dibuka Dari Jam 10.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (Setiap Hari)

Alamat:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman (Sebelah Maybank Legenda Height)

No. Tel: 04-4254717

logo-rfc.PNG

gmbr-rfc-1.PNG

gmbr-rfc-2.PNG

gmbr-rfc-3.PNG

gmbr-rfc-4.PNG

Lokasi RFC ini terletak di Lagenda Heights di antara Bank Islam dan Maybank. Berdekatan dengan Tesco Sg Petani.

Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Sila rujuk artikel di bawah.

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.

Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu:

1. pakej pertama : RM 1 juta

2. Pakej kedua : RM 500 ribu.

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut.

Terima Kasih kepada semua ahli HPA.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html

=================================

Perkongsian Bijak RFC (PBR)

Sudah sampai masanya kami mempelawa mereka yang mempunyai modal dan berminat untuk membuka RFC dalam peluang PBR di empat lokasi iaitu :-
1. Perlis
2. Alor Setar
2. Pulau Pinang
3. kelantan
4. Terengganu.

Syarat awal yang diperlukan ialah:
1. Modal RM1 juta (minimum) bergantung pada keluasan tempat.
2. Mempunyai tempat yang stategik
3. Menjadi ahli HPA lebih dari 3 bulan dll.

Tempat-tempat yang lain masih belum dibuka lagi. Mereka yang berminat boleh menulis surat kepada HPA atau menghubungi pegawai kami :-

Pn Sobihah : 0195089842.

Pihak kami akan mengadakan temuduga segera kepada mereka yang berkelayakan.

Read More ..

Friday, September 12, 2008

ISA Buka Pintu-Who's Next?

DITAHAN... Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan Polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam kira-kira pukul 8.30 malam ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.

Kira-kira pukul 11.10 malam, Tan dilihat keluar dari IPD SPT menaiki sebuah kereta Proton Waja dengan diapit oleh dua anggota polis wanita di tempat duduk belakang kereta itu dipercayai menuju ke IPK di bahagian pulau.

Operasi ISA: Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew ditahan dalam 12 jam
13-09-2008 01:25:01 AM Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.

Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai "hanya penumpang" negara ini, bulan lalu.

Sebentar tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan.

Read More ..

Zikir Mengiringi Solat Tarawih

Link

Read More ..

Thursday, September 11, 2008

Kejar Sampai Lubang Cacing


Pelan sasaran dilewatkan, empat pemimpin PKR mula 'buru' MP BN di Taiwan
12-09-2008 12:25:08 AM
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini)PETALING JAYA: Usaha Pakatan Rakyat 'memburu' ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.
Mereka dijadual berlepas ke Taiwan 2 petang ini (Jumaat) dan akan tinggal di hotel yang didiami ahli-ahli Parlimen BN.

Saifuddin bersama Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

"Ya memang betul kami akan ke sana (Taiwan) esok (Jumaat). Ramai kawan saya ada di sana sekarang dan saya hendak bertemu dengan mereka, tugasan saya ialah menemui mereka... misi tugasan saya khusus," kata Saifuddin yang juga anggota Dewan Rakyat.

Saifuddin menambah, beliau telah diarahkan oleh kepimpinan parti petang semalam untuk menjayakan misi berkenaan.

"Berapa lama dan berapa ramai saya akan temui di Taiwan masih terbuka," kata beliau sambil menambah, format dan tujuan pertemuan sama seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini antara PKR dan pemimpin-pemimpin dan Ahli Parlimen BN di Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Beliau enggan menyatakan jumlah Ahli Parlimen BN yang akan ditemui di Taiwan.


Read More ..

Usik Tok Ayah



Nik Aziz: Pas untung Dr Mahathir masuk semula Umno
11-09-2008 02:54:11 PM

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".

"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik".

"Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham.

"Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan.

"Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata mana-mana wakil rakyat yang melompat parti adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi terhadap mereka.

Tetapi, katanya, dalam usaha pembangkang membentuk kerajaan pada 16 Sept ini, soal maruah harus diketepikan bagi memastikan negara ini bebas daripada pimpinan Barisan Nasional terutama Umno yang didakwanya mengamalkan rasuah. BERNAMA
Read More ..

Tuesday, September 9, 2008

Mahathir 'bersetuju' kembali ke pangkuan Umno selepas 4 bulan


Mahathir 'bersetuju' kembali ke pangkuan Umno selepas 4 bulan
09-09-2008 07:03:09 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS


(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberitahu, Dr. Mahathir menyatakan persetujuannya untuk kembali kepada Umno dalam pertemuan beberaja jam antara kedua mereka Sabtu lalu.


Muhyiddin berkata, beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Sanusi Junid telah berjumpa dengan Dr. Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu.

Menurut Muhyididn, hasrat Dr. Mahathir itu telah pun beliau sampaikan kepada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak. semalam, tetapi belum berkesempatan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Muhyiddin. pertemuan itu diadakan atas permintaan Dr. Mahathir sendiri yang ingin menyampaikan kepada beliau rasa bimbangnya terhadap perkembangan dalam Umno, BN serta beberapa perkembangan lain yang meninggalkan kesan negatif kepada rakyat banyak.

"Saya katakan kepada beliau, untuk beliau memberikan sumbangan secara lebih berkesan adalah lebih baik untuk beliau menyertai semula Umno. Beliau kemudian bersetuju.

"Ya, saya bersetuju, katanya tetapi kemudian beliau menyatakan kebimbangan sama ada akan diterima semula oleh Majlis Tertinggi.

"Tetapi saya jelaskan kepadanya bahawa ketika MT menerima keputusannya keluar Umno dahulu, kita terima dengan hati yang berat. MT juga ada membuat kenyataan ketika itu bahawa sekiranya beliau (Dr Mahathir) telah bersedia untuk kembali kepada Umno, MT akan menerima dengan hati yang terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIDA di sini.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno serta-merta.

Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut, Najib berkata: "Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima."

"MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti," kata beliau.

Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno '1' mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei.

Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.

----------------------------------------------------------


MUHYIDDIN Yassin ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. Pada sidang media ini beliau mengumumkan hasrat Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali ke Umno.
- foto BERNAMA

----------------------------------------------------------

Ditanya sama ada pertemuannya dengan Dr Mahathir itu telah dirancang terlebih dahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab:

"Dalam semua perbuatan kita mestilah ada perancangan. Bagi saya, saya menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah banyak berjasa.

"Saya tidak menolak jika dia hendak jumpa. Bukannya maca saya ini besar sangat. Setidak-tidaknya dengan pertemuan itu saya dapat satu berita yang baik, iaitu beliau bersedia untuk kembali kepada Umno."

Dr. Mahathir, katanya, tidak menetapkan sebarang syarat untuk kembali kepada Umno selain daripada untuk memudahkan beliau menyalurkan pandangan serta bantuannya untuk mengukuhkan kembali Umno dan BN.

Ditanya bilakah Dr. Mahathir akan menyertai semula Umno, Muhyiddin berkata, beliau menunggu pejabat bekas perdana menteri itu untuk menghantar borang keahlian kerana ia adalah satu formaliti bagi sesiapa yang hendak menjadi ahli.

"Saya harap ia akan dihantar secepat mungkin. Ini bukan keputusan saya, tetapi keputusan parti, tetapi saya tidak fikir MT ada masalah menerima semula beliau kerana saya yakin MT masih menghormati beliau. Sebagai naib presiden saya mengalu-alukan keputusan beliau itu," tambah beliau.

Muhyiddin menambah, Dr. Mahathir memang seorang yang krtikal terutama tentang perkara-perkara yang dilihatnya sebagai tidak betul dan beliau percaya tidak ada orang yang boleh menahan beliau daripada terus bersuara termasuk untuk terus mengkritik pucuk pimpinan Umno.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita terus tidak pedulikan apa yang dikatakannya kerana beliau adalah seorang bekas pemimpin berpengalaman dan berkedudukan tinggi di mata masyarakat. Beliau hanya bimbang dengan keadaan dalam negara yang semakin buruk sejak pilihan raya umum yang lalu.

"Kita tidak perlulah bersetuju dengan pandangan beliau sepanjang masa, tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang yang berkredibiliti tinggi. Setelah beberapa jam mendengar pandangan beliau, saya faham dengan pendirian beliau," katanya.
Read More ..

Monday, September 8, 2008

PM: Kenyataan terbaru Ahmad tidak boleh diterima sama sekali, diputus hari ini 09-09-2008 12:02:32 AM


AKSI Ahmad Ismail ketika sidang media untuk menjelaskan
pendiriannya tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang "orang
Cina hanya menumpang" di Pulau Pinang, hari ini
.


(Dikemas kini)PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau
"sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit
Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari
ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang
berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.


Pada sidang
akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini,
Abdullah berkata, kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh
diterima sama sekali.

"Saya sangat tidak gembira dengan situasi
ini... saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini...
semestinya,"
kata beliau dipetik Bernama.

Abdullah
berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan
Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang
menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung
kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan
pendatang di negara ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perdana
Menteri berkata, tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan
selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka
dengan Ahmad esok (Selasa) bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

"Kami
akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian
berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu)," katanya.

Kelmarin,
Perdana Menteri berkata, Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat
kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman
seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

"Beliau (Ahmad)
melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak
senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta
sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat
pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

"Apa yang
berlaku itu kononnya amalan kebebasan untuk bercakap, menyuarakan
pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang yang
berkenaan yang membuat kenyataan. Ini tidak sepatutnya berlaku,"
katanya.

Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya
bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa
pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.

"Tak payahlah cerita pasal blog hari ini," tegasnya.


Read More ..