Saturday, November 8, 2008

Bahaya pinggan mangkuk dari melamine


Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ' urea formaldehyde ' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis
bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman , masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang , cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan .

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk
mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand
atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat
dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan
berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine. Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.


Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan banyak lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.
Read More ..

Friday, November 7, 2008

"Cucuku presiden USA" Sarah Obama


KLpos
07 Nov 2008 8:35AM

KOGELO (Kenya): Sarah Obama, 86 tahun, nenek bakal presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, tersenyum selepas mengadakan satu sidang akhbar di rumahnya di desa Kogelo, Kenya, Rabu lalu.

Sarah bersama anggota keluarga yang lain amat gembira dengan kemenangan Obama.

Beribu-ribu penduduk Kogelo, menari dan menyanyi sebagai tanda keriangan Obama terpilih sebagai presiden ke-44 Amerika Syarikat.

Sarah berkata beliau akan menghadiri upacara mengangkat sumpah jawatan Obama sebagai presiden di Washington pada 20 Januari depan. / Agensi

*info foto-Sarah Obama, 86 tahun bersama Barack Obama suatu ketika dahulu

Read More ..

Pengumuman fatwa yoga ditunda


Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung status amalan senaman yoga yang dijadualkan hari ini telah ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pengumuman itu terpaksa ditangguh disebabkan pengerusinya, Prof. Datuk Dr.Abdul Shukor Husin masih berada di luar negara.

"Kita akan tunda kepada satu tarikh yang dirasakan sesuai oleh pengerusi," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Yoga menjadi isu hangat minggu lepas apabila pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Prof Zakaria, Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya.

Yoga, amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Sehubungan dengan itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut telah membuat kenyataan senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan oleh individu yang sudah mengamalkannya serta segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

"Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.


"Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam," katanya seperti dipetik dari sebuah laporan akhbar, kelmarin.

Nooh berkata, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kerajaan dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak berkuasa agama lebih awal jika ingin menganjurkan acara menyerupai.

Sementara itu, Isnin lalu, Presiden Majlis Yoga Malaysia (MYS), M.Maniseekaran berkata pihaknya sedia menerima dengan terbuka keputusan Majlis Fatwa berhubung amalan yoga.

Jelas beliau, pihaknya bersedia bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk menerangkan bahawa secara asasnya yoga hanyalah sejenis senaman yang tidak melibatkan aktiviti berbentuk spritual mana-mana agama.

Majlis Fatwa keluarkan 150 Fatwa

Sehingga kini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kira-kira 150 fatwa meliputi pelbagai berkaitan hal ehwal agama Islam.

Sumber rujukan majlis fatwa adalah al-Quran,al-Sunnah,al-Ijmak, al-Qiyas dan ijtihad ahli Al-Fuqaha semasa.

Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

Keputusan muktamad akan diputuskan mengikut mazhab Syafie dengan mengadakan penelitian terhadap dalil-dalil sedia ada serta implikasinya kepada masyarakat Islam.

Majlis fatwa diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Abdul Shukor Husin bersama-sama 14 orang mufti dari setiap negeri di seluruh negara.

Sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan majlis akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang perkara tersebut sebelum ia dibentangkan di dalam jawatankuasa.

Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jammah dan mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat yang bermaksud meletakkan sesuatu pada kedudukannya dari segi hukum, niai mahupun pelaksanaannya. Mengikut kaedah tersebut sesuatu perkara yang diputuskan perlu diber keutamaan berdasarkan penilaian syariat dan akal.

Terbaru pada 23 Oktober lalu, Majlis Fatwa telah membuat ketetapan mengharamkan perbuatan wanita menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan yang lebih dikenali sebagai 'pengkid'.

Sehingga kini majlis Fatwa juga telah mengeluarkan fatwa dalam pelbagai perkara meliputi akidah (19), zakat (18), ibadat(12), munakahat (14), ekonomi (18),perubatan (19), makan dan minum (9), pakaian (1), haiwan (10) dan sosial/syariah(30).

Antara fatwa-fatwa yang mendapat perhatian adalah fatwa berkaitan kumpulan al-Arqam, isu azan menggunakan pembesar suara, penceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS), perkahwinan menggunakan wali hakim dan wali tahkim, kahwin lari di Selatan Thai, bank air mani, pengguguran anak luar nikah, hukum lelaki memakai emas putih,post-mortem mayat, pembiakan dan pengklonan manusia, harta sepencarian dan lain-lain.


Read More ..

Thursday, November 6, 2008

Media Israel puji Barack Obama


BAITULMAQDIS – Media di Israel semalam memuji bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang meminta Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangannya di White House.

Sebuah akhbar di Israel turut menganggap Emanuel yang berketurunan Yahudi sebagai `orang kita di White House.’

Stesen-stesen radio dan akhbar Israel menyatakan bapa Emanuel dilahirkan di Baitulmaqdis dan pernah menjadi anggota sebuah pergerakan bawah tanah Yahudi, Irgun yang menentang askar-askar British sebelum penubuhan negara Israel.

Menurut sebuah stesen radio, Emanuel sendiri secara sukarela berkhidmat dengan tentera Israel dan bertugas selama dua bulan di sebuah pangkalan di utara Israel dalam Perang Teluk pada 1991.


“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.
“Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden (Obama) supaya menjadi pro-Israel,” kata bapa Emanuel, Dr. Benjamin kepada akhbar Maariv di Israel.

OBAMA melambaikan tangan ke arah orang ramai selepas beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa stafnya di Chicago kelmarin. - REUTERS

Dr. Benjamin menyatakan anaknya itu menghabiskan masa musim panas dengan melawat Tel Aviv, Israel dan beliau boleh bercakap bahasa Hebrew tetapi tidak begitu fasih.

Sebelum ini pihak Parti Demokrat sudah meminta Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan iaitu satu tugas penting bagi membentuk perjalanan pentadbiran White House.

Emanuel pernah menjadi pembantu sewaktu Bill Clinton menjadi Presiden AS.



Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Kempen Parti Demokrat pada 2006 dan memainkan peranan penting dalam mengembalikan pengaruh Parti Demokrat selepas 12 tahun dibayangi kejayaan Parti Republikan.

Emanuel juga kekal berkecuali ketika Obama berentap dengan Senator Hillary Clinton untuk menjadi calon Presiden AS bagi mewakili Parti Demokrat.

Obama menang dalam pilihan raya Presiden AS yang diadakan pada Selasa lalu dengan menewaskan Senator John McCain daripada Parti Republikan.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada Januari depan sekali gus menjadi penduduk kulit hitam pertama memegang jawatan itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di AS menyatakan Obama kini menyenaraikan barisan kabinetnya dengan spekulasi bahawa anak bekas Presiden AS, John F. Kennedy, Caroline mungkin menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang lagi anak kepada adik Kennedy iaitu Robert F. Kennedy Jr. turut dilaporkan mungkin menjadi pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

Semalam, Obama dijadualkan menghadiri taklimat keselamatan Pengarah Perisikan Kebangsaan, Michael McConnell.

“Obama diberikan talimat berhubung kemampuan yang kita lakukan untuk AS,” kata Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Michael Hayden dalam surat kepada kakitangan-kakitangannya. – Agensi
Read More ..

Tuesday, November 4, 2008