Tuesday, June 9, 2009

SEMAKAN ARAH KIBLAT




SEMAKAN ARAH KIBLAT KETIKA MATAHARI TEPAT ATAS KAABAH

Pada 28 Mei 2009 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2009 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing. Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah bagi tahun 2009 yang merupakan tahun lompat pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.




SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang ) & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat

Read More ..