Saturday, December 6, 2008

Wahbah Zuhaili dan Qaradhawi Fatwakan Hewan Kurban untuk Gaza

Syeikh Wahbah Zuhaili, Farid Washil, dan Yusuf al-Qaradhawi Fatwakan Penyaluran Hewan Kurban untuk Gaza

Hidayatullah.com–Setelah beberapa waktu lalu Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengeluarkan fatwa yang menyerukan untuk menyalurkan hewan dan daging kurban kepada para penduduk Gaza dan Palestina, kini Syaikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili menyusul untuk mengeluarkan fatwa serupa.

Dalam keterangannya yang dikutip Islamonline (4/12), Wahbah yang juga guru besar Fikih Islam pada Universitas Damaskus, mengatakan bahwa “dalam waktu sekarang ini, para penduduk Gaza menjadi priorotas utama untuk mendapatkan jatah hewan dan daging kurban, mengingat kondisi mereka yang tengah diterpa krisis.”

Profesor pengarang kitab rujukan Islam kontemporer itu bahkan menghukumi penyaluran hewan dan daging kurban untuk masyarakat Gaza dan Palestina mendekati kepada wajib. “hal tersebut dihukumi syibh (menyerupai) wajib,” ungkapnya.

Terkait pencegatan kapal bantuan Al-Marwa milik Libya yang membawa ribuan ton barang bantuan untuk penduduk Gaza oleh Angkatan Laut Israel, az-Zuhaili turut mengecam tindakan tersebut.

Syaikh Farid Washil yang juga mantan Mufti Agung Mesir justru menghukumi penyaluran hewan kurban untuk masyarakat Gaza sebagai sesuatu yang wajib bid-dharurah. “Saya menyatakan bahwa penyaluran hewan kurban saat ini untuk masyarakat Gaza hukumnya wajib sewajib-wajibnya,” ungkapnya.

Penghukuman wajib serupa juga datang dari fatwa ulama Muslim terkemuka yang tinggal di Doha, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. “Harta zakat umat Muslim kali ini seharusnya dialirkan untuk penduduk Gaza,” kata al-Qaradhawi.

Beberapa ulama Muslim Gaza menyambut baik fatwa beberapa ulama Muslim terkemuka tersebut. Syaikh Dr. Mahir as-Susi, wakil dekan fakultas syari’ah pada Universitas Islam di Gaza menyatakan bahwa “kondisi di Gaza benar-benar memprihatinkan. Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Jum’ah dan Zuhaili sangat tepat.”

Selain itu, as-Susi juga meminta pihak negara Mesir untuk membukkakan perbatasan Rafah, untuk dapat memudahkan masuknya hewan dan daging kurban yang berdatangan, juga untuk masuknya bantuan kemanusiaan lainnya.

Hingga saat ini, yang patut disayangkan, Mesir justru seolah mendukung blokade Isarel atas gaza. Mesir menolak untuk membukakan pintu perbatasan Rafah. [iol/atjeng/www.hidayatullah.com]

Read More ..

Monday, December 1, 2008

Selamat Pengantin Baru

zaw1

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

SELAMAT PENGANTIN BARU PADA SEMUA MEMPELAI YANG AKAN MELAYARKAN BAHTERA. MOGA DIBERI RIBUAN BARAKAH.


Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:
“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun dengan makan roti dan kurma.
Selain itu sunnat memberikan tahniah (ucapan selamat pengantin baru) kepada orang yang baru berkahwin. Seorang yang berjumpa dengan pengantin lelaki mengucapkan:
“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”
Sunnat juga mengisytiharkan perkahwinan kepada orang ramai supaya diketahui. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Yang memisahkan antara yang halal dengan yang haram ialah bunyi-bunyian rebana dan nyanyian.”

—————————-

Ucapan buat Pengantin

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3] ucapan

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

Read More ..

Sunday, November 30, 2008

Perangraya Kecil Kuala Terengganu






Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ?

Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi dan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Pastinya kepetahan suara beliau menjawab soalan-soalan ahli parlimen akan diingati.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Hj Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi
.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak. Daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN. Jika kertas undi pos ini ditolak, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Petisyen memohon semakan semula keputusan telah difailkan oleh PAS Terengganu di Mahkamah Tinggi April yang lalu. Analisis yang dibuat tanpa undi pos, kemenangan akan memihak kepada PAS dengan jentera pilihan raya PAS Kuala Terengganu menyifatkan kira-kira 900 undi pos antara punca kekalahan PAS lalu kerusi itu dimenangi Razali yang memperoleh 32,562 undi manakala Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.

Suruhanjaya Pilihanraya akan membuat keputusan tidak berapa lagi, dan ramai beranggapan satu pilihanraya kecil akan diadakan pada hujung bulan Disember. Maka dimana peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk merampas kembali dan menambah kerusi parlimen akan terbuka luas dengan kemungkinan ayam sabung PAS Hj Mohamad Sabu akan bertanding semula.
Read More ..