Wednesday, August 20, 2008

Kuasa Ghaib-Kubah Terbang





Read More ..

Tuesday, August 19, 2008

Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh

Selasa 19 Ogos 2008 | 16 Sha'ban 1429 Hijrah

Doa Tok Guru iringi kempen Anwar di Permatang Pauh

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my


Tue | Aug 19, 08 | 10:32:02 am
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa agar Ketua Umum

KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan kemenangan oleh Allah pada Pilihan Raya

Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos depan.

Di sebalik keuzuran dan kesibukan beliau menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke 54 di

Ipoh, Tok Guru bergegas ke Permatang Pauh seusai menunaikan solat subuh, untuk

menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.


Menteri Besar Kelantan itu tiba di Pusat Penamaan Calon di Institut Perguruan Tuanku

Bainun yang terletak di sisi Lebuhraya Butterworth-Kulim Express (BKE) kira-kira jam

9.30 pagi, disambut pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.


Akibat kesesakan lalu lintas, kenderaan rasmi yang membawa Tok Guru terpaksa

diletakkan berjauhan daripada pusat penamaan dan beliau dibawa masuk dengan menaiki

proton wira milik seorang penyokong PAS.


"Ambo (saya) terlekat dalam jam (kesesakan lalulintas) lama, dari pukul berapa tadi

tak boleh masuk," ujarnya yang datang bertongkat ketika disambut penulis.

Image
"Ya Tok Guru, sejak subuh tadi, jam 6.30 pagi orang dah mula berkumpul," kata

penulis.


"Pelik ni, ramai sungguh ore (orang)," kata Tok Guru merujuk kepada sambutan yang

diberikan kepada calon Pakatan Rakyat.


Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dengan jadual beliau yang begitu padat, beliau

berasa amat letih untuk berjalan jauh.


Namun katanya di sebalik kekangan jadual dan kesihatan, beliau tetap berkunjung ke

Permatang Pauh kerana amat komited dengan agenda Pakatan Rakyat.


Selain Tok Guru, pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan ialah Naib-naib

Presiden, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md

Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Dzulkefli Ahmad, Dr Lo'lo

Mohd Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmood dan Dr Mujahid Yusof yang juga Pengarah PAS

untuk pilihan raya kecil tersebut.

Image
Mereka disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Ahli Dewan

Undangan Negeri (PAS) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.


Bagi pihak KeADILan, Anwar diiringi isteri Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga

Presiden KeADILan serta keluarga, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden,

Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lain-lain pemimpin utama

mereka.


Turut sama ialah veteran DAP, Dr Chen Man Hin; Penasihat DAP, Lim Kit Siang,

Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta

lain-lain.



Solidariti rakyat

Image
Permatang Pauh menyaksikan lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri

daripada pelbagai kaum dan agama berhimpun menyatakan sokongan padu kepada Anwar.


Jumlah ini jauh mengatasi kumpulan penyokong Barisan Nasional yang diketuai Timbalan

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang dianggarkan kira-kira 5000

orang sahaja.


Penyokong Pakatan Rakyat, berhimpun dan mengibarkan bendera ketiga-tiga parti

komponen Pakatan Rakyat sejak jam 6.30 pagi, menyebabkan kesesakan di sepanjang jalan

lebuhraya BKE, dari arah Penanti dan Berapit, sepanjang beberapa km menuju ke pusat

penamaan calon.

Image
Sehingga pemimpin dan penyokong BN terpaksa berarak melintasi kiri kanan jalan yang

telah dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat.


Situasi ini menyebabkan ramai kalangan pemimpin BN yang diteriak dengan pelbagai

sorakan terpaksa menerima hakikat yang getir hingga 'merah padam muka'.


Sorakan 'Altantuya', 'Hutang 200 juta (saman terhadap BN) poster tak bayar, 'Rasuah',

'Correct, correct, correct' (ditujukan kepada Dato' Seri Adnan Mansor,

'Pengkhianat (kepada Ezam Mohd Nor), bergema berulang-ulang kali.


Kegusaran pemimpin-pemimpin BN jelas kelihatan. Wajah-wajah cemas mereka melihat

segerombolan besar penyokong Anwar tidak dapat disembunyikan lagi.



"Rakyat sudah bosan dengan BN, penuh dengan fitnah dan penipuan," kata David Leong

yang datang bersama beberapa orang rakan dari Alor Star dengan sebuah bas.

Image
"Makin dia bawa budak tu (saiful) sumpah, makin kami tak percaya," ujar seorang imam

surau yang ditemui berhampiran Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir.


Sekumpulan anak muda berbangsa India juga turut berarak dengan memukul gendang sambil

melaungkan 'Makkal Sakhti' sambil mengibarkan bendera KeADILan.


Perhimpunan rakyat di Permatang Pauh merupakan perhimpunan terbesar yang mencatatkan

paling ramai penyokong berhimpun dalam satu-satu pilihan raya.


"Perhimpunan ini amat besar, walaupun orang boleh kata penyokong yang ramai ini belum

tentu memberikan undi (kepada Anwar) tetapi round pertama ini kita sudah

menang," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Katanya, beliau turut berbangga dengan rakyat Pulau Pinang daripada PAS, DAP dan

KeADILan yang hadir beramai-ramai di pusat penamaan calon tersebut.


"Hari ini rakyat berbilang kaum menunjukkan solidariti yang amat luar biasa, saya

harap ia terus kekal," kata Setiausaha Agung DAP itu.


Guan Eng turut mengambil kesempatan berbual mesra dengan Tok Guru bersama Tan Sri

Khalid dan berkongsi pandangan bagi mempererat dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.


Image
Kegusaran BN


Kepulangan Anwar ke Permatang Pauh diibaratkan sebagai 'bagaikan sirih pulang ke

gagang'. Kawasan Parlimen yang 'terpaksa dilepaskan' sejak sepuluh tahun lalu akibat

kezaliman BN masih segar di kalangan rakyat.


BN amat gusar kerana bilangan penyokong Anwar, yang pernah mengetuai Umno Bahagian

Permatang Pauh begitu besar. Penyokong bekas TPM itu selepas krisis pemecatannya pada

tahun 1998 masih ramai dalam Umno.


Hakikat sokongan mereka diterjemahkan dengan sokongan terhadap Dato' Seri Dr Wan

Azizah Wan Ismail yang mewakili Permatang Pauh selepas pemecatan Anwar.


Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah meraih 30,338 undi menewaskan calon

BN, Dato' Pirdaus Ismail yang mendapat hanya 16950 undi. Majoriti 13,398.


Manakala di ketiga-tiga DUN, Seberang Jaya, calon BN Dato' Arif Shah Omar Shah

mendapat 9395 undi menewaskan calon KeADILan yang mendapat 8862 undi, kelebihan

majoriti 533 sahaja.

Image
Di Dun Permatang Pasir, calon PAS, Mohd Hamdan meraih 11004 undi menewaskan BN, Ahmad

Sahar Shuib yang memperolehi 5571 undi. Majoriti 5433 undi.


Di Dun Penanti, calon KeADILan, Mohamad Fairus Khairuddin meraih 7346 undi menewaskan

calon BN Abdul Jalil Abdul Majid yang mendapat 5127 undi. Majoriti 2216 undi.


Jika dihimpunkan undi yang diperolehi calon Pakatan Rakyat iaitu 27,745,

memperlihatkan Wan Azizah mendapat lebih 2575 undi.


Kelebihan undi ini dipercayai datangnya dari kalangan ahli Umno yang menyokong Wan

Azizah serta Anwar secara tersembunyi.


Kalangan mereka dikatakan secara zahirnya menentang pembangkang (KeADILan) tetapi

dijangka memberikan undi secara diam-diam kepada Anwar.


Jika sokongan media arus perdana terhadap calon BN dijadikan ukuran, ia akan menjadi

pertaruhan sia-sia BN. Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim),

Hanafi Hamat bukan tandingan sebenar Anwar.


Hanafi yang ditemui penulis memberitahu, beliau adalah Presiden Akim yang

menggantikan Allahyarham Cikgu Musa Salleh.


Katanya, Akim adalah sekumpulan serpihan ahli PAS yang berasal dari Pasir Putih,

Kelantan.

Image
"Perjuangan kami tidak ada kena mengena dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang,

kami berdiri sendiri memperjuangkan ideologi kami," ujarnya, yang datang bersama seorang

pencadang dan seorang penyokong.


"Apa yang tuan harapkan daripada penyertaan dalam pilihan raya ini," soal penulis.


"Kami mahu supaya rakyat Malaysia sejahtera," jawab Hanafi, ringkas.



Penentu masa depan politik negara


Siapa pun yang menyertai pilihan raya kecil ini bukan menjadi persoalan. Malaysia

negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh mencalonkan diri bertanding kata Presiden PAS,

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan wartawan di Ipoh, Ahad

lepas.


Sudah tentu rakyat yang menjadi pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan

untuk memilih siapa bakal Ahli Parlimen mereka.


Pilihan raya kecil ini sebenarnya amat penting bagi negara. Ia bakal menentukan masa

depan politik negara dan menjadi pertaruhan sama ada pembentukan Kerajaan Pakatan

Rakyat berjaya atau pun tidak.

Image
Harus diingat bahawa, Anwar menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan

semata-mata hendak menggantikan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang.


Beliau mempunyai agenda yang amat besar. Agenda sebagai calon PM dari Pakatan Rakyat.


Pilihan raya kecil ini juga menjadi titik tolak atau asas yang boleh membawa

tumbangnya kerajaan BN setelah berkuasa selama lebih 50 tahun.


Undi rakyat di Permatang Pauh sebenarnya adalah mewakili 27 juta rakyat Malaysia bagi

menentukan masa depan negara.


Tekanan BN di kepada rakyat Permatang Pauh amat hebat. Mereka terpaksa all out

untuk menyelamatkan bahtera yang hampir karam. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja

untuk menyekat kemasukan Anwar ke Parlimen.


Kemasukan Anwar ke Parlimen bakal mengundang bahaya yang amat besar yang bakal

menguburkan masa depan politik BN.


Jika rakyat memberikan kemenangan kepada Anwar, impian majoriti rakyat untuk

meletakkan Umno dan BN ke dalam muzium semakin hampir.


Hakikatnya ramai berpendapat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tetap menjadi

milik Anwar. Cumanya besar mana majoriti untuk membawa beliau ke Parlimen sedang

menjadi congakan.


Cukuplah...sudah 50 tahun Umno/BN berkuasa, kali ini berilah kepada Pakatan Rakyat

pula.


(Laporan penuh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh boleh diperolehi
melalui akhbar Harakah yang akan mula berada di pasaran hari Khamis, 21
Ogos ini - Editor)
_


Read More ..

Monday, August 18, 2008

Ahmadinejad: Pekan Depan Iran Luncurkan Satelit Buatan Sendiri

Saturday, 16 August 2008

Sample Image




Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengabarkan peluncuran
satelit pertama buatan Iran ke luar angkasa. Sebagaimana dilaporkan
Kantor Berita IRNA, Ahmadinejad Jumat malam di hadapan para elit
intelektual Iran yang bermukim di Turki menyatakan bahwa Iran akan
meluncurkan setelit pertama buatan dalam negeri ke luar angkasa sekitar
akhir pekan depan. Dikatakannya pula, Tehran juga akan meluncurkan
roket dan pelontar ke luar angkasa.

Seraya menyinggung bahwa
pemboikotan Iran selama 28 tahun oleh AS justeru menghasilkan
kejutan-kejutan ilmiah di negeri ini, Presiden Ahmadinejad mengatakan,
"Tahun lalu, tercatat lebih dari tujuh ribu penemuan dipatenkan di
Iran." Dikatakannya pula, "Rakyat Iran bukan tipe bangsa yang mudah
menyerah. Terkait tekonologi nuklir, bangsa ini terus mempertahankan
seluruh hak mereka."

Lebih lanjut Ahmadinejad menuturkan, "Kini,
AS menyadari bahwa Iran tidak dapat dikucilkan. AS sendirilah yang
semakin terkucil. Para pejabat tinggi negeri ini selalu mendapat
pengawalan ekstra ketat dalam kunjungan ke berbagai negara. Sebaliknya,
para pejabat Iran dalam kunjungannya ke berbagai negara disambut baik
oleh masyarakat setempat. Sebab, mereka mencintai Republik Islam Iran."
Setelah kunjungan resmi selama dua hari, Ahmadinejad, Sabtu pagi,
bertolak kembali ke Tehran.

Read More ..

Sunday, August 17, 2008

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian



Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Dilulus terbit pada Sunday, August 17 @ 12:34:06 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Mohd Rashidi Hassan

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya Read More ..