Saturday, August 30, 2008

Perutusan khas Presiden sempena Ramadan al-mubarak


Ahad 31 Ogos 2008 | 28 Sha'ban 1429 Hijrah

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYT

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Iklan




Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS_
Read More ..

Black magic (sihir) dan Illuminati


Dikirim pada Ogos 10, 2008 oleh Hikmatun

Assalaaamu alaikum w.b.t. ……. Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun.

Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan x ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi. Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.

Ada kalangan Yahudi dulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir dari Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah S.w.t berfirman dengan jelas dalam AlQuran bahawa Nabi Sulaiman tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Baqarah : Ayat 102

Itu lah antara sejarah berkembangnya penggunaan ilmu sihir, setelah asalnya ilmu itu jatuh ke tangan manusia-manusia yang tidak bertanggung-jawab. Sebab itu lah kita lihat sekarang ini banyak lagi sihir yang mengganggu ketenteraman rumahtangga hingga menyebabkan pergaduhan yang besar dan bercerai berai. Dan syaitan yang mahir dalam urusan mengganggu ketenteraman rumahtangga dan menyebabkan perselisihan antara suami dan isteri bergelar Dasim.

Ilmu sihir tidak akan berpisah dengan satu pertubuhan sulit yang amat besar iaitu Illuminati. Illuminati dalam bahasa Arab ialah “An-Nuraniyyin” yang bermaksud “Pemegang Cahaya”. Illuminati memberi erti sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia, yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Dan ia merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan pemerintahan dunia baru yang digelar ‘The New World Order - NWO‘.

Pengaruh sihir oleh Illuminati bukan sahaja bergerak di dunia nyata, tetapi juga diselit-selitkan dalam filem-filem Hollywood yang memaparkan tentang pemujaan dan simbol-simbol mereka (sila lihat Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood).

Kabbalah

Encarta Encyclopedia (2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang memiliki pengertian luas sebagai ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan rupa yang amat beragam dan hanya dimengerti oleh sedikit orang.

Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi dan hanya difahami sedikit orang. Menurut definisi ini, Kabbalah mempelajari erti tersembunyi dari Taurat dan naskhah agama Yahudi. Tetapi, ketika kita mengkaji masalah ini lebih dekat, kita menemukan berbagai faktanya adalah sesuatu yang sama sekali berbeza. Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala; bahawa ia ada sebelum Taurat, dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.

Fakta yang menarik tentang Kabbalah ini dijelaskan oleh sumber yang sama menariknya. Murat Ozgen, seorang Freemason Turki, menulis sebagai berikut ini di dalam bukunya, Masonluk Nedir ver Nasildir? (Apa dan Seperti Apa Freemasonry Itu?):

“Kita tidak mengetahui dengan jelas dari mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi. Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat.”

Ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.

Ahli sejarah Yahudi, Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan “suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi.” Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk”.

Alasan Reinach menyatakan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan pemikiran manusia yang terburuk” adalah kerana doktrinnya sebahagian besar berhubungan dengan ilmu sihir. Selama ribuan tahun, Kabbalah telah menjadi salah satu batu penemuan bagi setiap jenis upacara sihir. Para rabbi yang mempelajari Kabbalah dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang besar. Juga, banyak non-Yahudi yang telah terpengaruh dengan Kabbalah, dan cuba mempraktikkan ilmu sihir dengan menggunakan doktrin-doktrinnya. Kecenderungan esoterik yang terjadi di Eropah selama akhir Abad Pertengahan, khususnya sebagaimana yang dipraktikkan oleh para ahli alkimia, sangat banyak yang berakar dari Kabbalah.

Hal ini sungguh aneh, jika kita memandang Yahudi sebagai sebuah agama Monoteistik, yang diawali dengan turunnya Taurat kepada Musa a.s. Kenyataannya, di dalam agama ini ada sebentuk sistem yang disebut Kabbalah, yang mengadopsi praktik-praktik dasar sihir yang dilarang oleh agama. Hal ini memperkuat apa yang telah disebutkan sebelumnya, dan menunjukkan bahawa Kabbalah sebenarnya merupakan elemen yang menyusup ke dalam agama Yahudi dari luar.

JIka menyebut tentang ilmu sihir, kita mesti kembali kepada sejarah permulaannya dulu. Perkara pertama yang ditulis oleh manusia dahulu pada batu-batu dan sebagainya adalah mengenai SIHIR. Dan adalah dipercayai bahawa para tukang sihir zaman firaun dulu lah yang membentukkan pemujaan dan sihir yang digelar sebagai Kabbalah. Dan menurut sejarawan barat, Kabbalah merupakan kepercayaan inti dari kelompok mistik tertua dunia yang dikenal dengan sebutan ‘Brotherhood of the snake’ (Kelompok persaudaraan ular). Pemerintahan Raja Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir berkait rapat dengan kelompok ini.

Di dalam ordo Kabbalah terbahagi kepada 3 pula iaitu ordo hijau, ordo kuning dan ordo putih. Ordo yang paling misteri adalah ordo putih, dan ianya lebih bertumpu kepada misi politik dan kekuasaan. Ordo putih itu jugalah yang membuat kesimpulan bahawa matlamat akhir Kabbalis adalah untuk membentuk ’satu pemerintahan dunia’ (E Pluribus Unum - Unity of the world) dan ‘tata dunia baru’ (Novus Ordo Seclorum - New World Order).

Kemudiannya Ordo Kabbalah ini muncul dalam berbagai bentuk seperti ordo Sion (Order of Sion), Freemasons hingga ke Illuminati. Para pengkaji juga menemui bahawa pencetus perang salib adalah dari konspirasi Ordo Sion, yang waktu itu masih merupakan Ordo Kabbalah iaitu oleh Peter Si Pertapa dan Paus Urbanus II yang pidatonya membakar semangat umat Kristian untuk mengakhiri perdamaian antara umat Kristian dan umat Islam.

Bacaan lanjut mengenai Kabbalah

Sedikit penerangan mengenai SIhir dalam kitab Muqaddimah - Ibnu Khaldun

Ilmu sihir dan tilik adalah suatu ilmu tentang persediaan-persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama ialah sihir dan yang kedua ialah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah menghadap selain dari Allah, seperti bintang dan sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat di dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa a.s seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Penduduk Babylon dari golongan Rabbani dan kaldani, begitu juga kaum Qibti di Mesir dan lain -lain kaum , ada mempunyai karangan-karangan dan butir-butir mengenai sihir.

Kemudian di Timur lahir pula Jabir bin Haiyan, seorang ahli sihir teragung dalam agama ini (Islam). Ia telah menatap buku-buku mengenainya dan telah menghasilkan amalan ‘Simia‘, iaitu cabang ilmu sihir yang boleh menukarkan jasmani kepada suatu bentuk lain, dan amalan ini dapat dilakukan dengan kekuatan jiwa bukan dengan perbuatan makmal.

Hakikat sihir bergantung kepada jiwa manusia yang walaupun tunggal pada jenisnya tetapi berbeza dari segi keistimewaan-keistimewaannya. Setiap jiwa itu mempunyai satu keistimewaan tertentu yang tidak terdaapt pada jiwa lain.

Jiwa-jiwa yang mempunyai kuasa sihir ada 3 martabat. Martabat yang pertama ialah yang dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Inilah yang dinamakan sihir golongan ahli falsafah. Martabat kedua ialah yang dapat mempengaruhi dengan bantuan dari mizaj, bintang2, elemen2 alam atau angka2 bilangan, ini mereka namakan tilik iaitu yang lebih lemah martabatnya dari yang pertama. Martabat ketiga adalah yang dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan bertindak ke atasnya dengan melemparkan kepadanya berjenis-jenis khayalan dan gambaran yang mahu diberikan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-olah ternampak taman-taman bunga, sungai-sungai dan pohon-pohon sedangkan benda-benda ini tidak ada di depan mereka. Di kalangan ahli falsafah ini dinamakan sebagai khayalan / halusinasi (hallucination).

Knights Templars

Knights Templars (Pahlawan2 Templars) ditubuhkan pada tahun 1118, iaitu 20 tahun selepas tentera salib merampas Jerusalem, dengan nama Order of the Poor Knights of Christ and of the Temple of Solomon (Ordo Pahlawan Miskin Pembela Kristus dan Kuil Sulaiman). Akan tetapi pada kenyataannya Knights Templars hidup bergelumang dengan kekayaan dan kekuasaan yang dikutip dari penziarah-penziarah dari Eropah ke Palestin. Pengasasnya ialah 2 orang pahlawan Peranchis iaitu Hugh de Payens dan Godfrey de St. Omer. Kemudian dari 9 orang pahlawan, mereka terus mengembangkan fahaman mereka.

Mereka ini lah juga yang dikatakan memperkenalkan sistem cek dan kredit, yang kini banyak digunakan di bank-bank. Raja Yerusalem begitu percaya kepada kesembilan pahlawan tersebut, sehingga mereka diberi markas yang berada di sayap kiri istana. Ternyata kamar-kamar pahlawan tersebut berada tepat di atas kuil sulaiman (Solomon Temple) atau yang biasa disebut Haikal Sulaiman. Dari sinilah nama Knights Templars muncul. Dari kamar-kamar itulah semua menjadi jelas bahawa motif knights Templars tersebut adalah untuk memburu harta karun di kuil Sulaiman dan juga untuk dapat terus menjaga sebuah rahsia yang selama berabad-abad terus dijaganya.

Knights Templars telah dipengaruhi oleh suatu rahsia yang ditemui di Jerusalem, yang menjadikan mereka keluar dari agama kristian dan mula mengamalkan upacara-upacara pemujaan dan sihir. Dan rahsia itu telah banyak dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji yang ianya ada kaitan juga dengan Kabbalah. Adalah tidak mustahil bahawa para Templars itu telah menemui risalah-risalah SIhir dari kuil Sulaiman dan mengamalkannya demi untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan. Dan ada juga yang mengatakan bahawa Knights Templars mempelajari Kabbalah dari para rabbi di Jerusalem.

Dan pernah terjadi pemutusan hubungan “bapa” dan “anak” antara Ordo Sion dengan Ordo Templar yang dikenal dengan peristiwa “Penebangan Pohon Elm” dan masing-masing berjalan dengan Grand Masternya masing-masing, akan tetapi tetap berada dalam satu agenda. Dan banyak dibuktikan bahawa mereka masih tetap bekerjasama sebagai satu rangkaian misionaris Kabbalah. Setelah pemutusan hubungan itu nama Ordo Sion berubah menjadi Biarawan Sion (Priory of Sion).

Kekuatan politik Knights Templars ini mula menyusahkan raja-raja Eropah. Akhirnya, pada tahun 1307, Raja Prancis Philip le Bel memutuskan untuk menangkap anggota-anggota ordo ini. Sebahagiannya berhasil melarikan diri tetapi kebanyakan mereka tertangkap. Paus Clement V juga bergabung dalam pembersihan ini. Setelah period panjang interogasi dan pengadilan, banyak anggota Templars mengakui keyakinan ‘bid’ah’ mereka, bahawa mereka menolak iman Kristian dan menghina Yesus dalam misi mereka. Akhirnya, para pemimpin Templar, yang dinamai “Imam Besar (Grand Master)”, mulai dari yang terpenting dari mereka, Jacques de Molay, dihukum mati pada tahun 1314 atas perintah Gereja dan Raja. Kebanyakan mereka dimasukkan ke dalam penjara, dan ordo tersebut tumpas dan secara rasmi menghilang.

Sebahagian Templars berhasil lepas dan lari ke Scotland, Portugal dan Negara-negara Eropah lainnya. Dipilihnya Scotland sebagai tempat pelarian adalah kerana negara ini tidak mengakui kekuasaan Gereja Katolik. Para Templars menanggalkan baju kebesaran mereka dan mulai bercampur dengan para tukang batu Scotland. Di Scotland para tukang batu dan buruh ini disebut Mason, dan dari nama ini lah akhirnya berubah nama Knights Templars menjadi Mason, atau yang lebih popular disebut Freemasons.

Ada pendapat mengatakan sebahagian Knights Templars sendiri telah mengaku bahawa mereka mengamalkan aktiviti homoseksual, dan bahawa mereka menyembah suatu agama misteri yang dikenali sebagai Baphomet.

Kabbalah hari ini

Penggunaan istilah Kabbalah ini masih digunakan hingga ke hari ini. Cuma sekarang mereka berselindung di bawah organisasi yang bekerja di atas dasar kemanusiaan dan menjalankan kerja-kerja amal. Tetapi agenda mereka yang begitu merapu masih diteruskan dan anda boleh baca sedikit info berkenaan mereka pada link di bawah

http://www.kabbalah.com/01.php

Walaupun mereka tidak menyatakan secara terang-terangan mereka mahu menjauhkan manusia dari Tuhan, tetapi konsep kebebasan diri yang mereka war-warkan itu sudah cukup untuk kita gunakan akal kita dengan bijaksana. Dan pendapat-pendapat mereka berkenaan Tuhan juga jauh terpesong dari ajaran agama lebih-lebih lagi ajaran agama Islam. Mereka membuat kesimpulan yang bermacam-macam tentang keadaan Tuhan, na’uzubillah.

Ramai artis Hollywood yang menganut fahaman Kabbalah ini. Ada Yahudi yang menerima ajaran ini dan tidak kurang juga yang menolaknya dan mengatakannya sesat.

Ilmu sihir semakin popular

Oleh kerana itulah hari ini kita dapat lihat sihir semakin menjadi popular dan diminati ramai. Sebagai contohnya kita saksikan lah di dalam kebanyakan filem Hollywood, pertunjukan-pertunjukan silap mata yang semakin popular, kumpulan-kumpulan ilmu kebatinan (yang menggunakan perantaraan jin) dan sebagainya. Dan sihir telah sebahagian besarnya dipromosikan oleh Illuminati dengan mempengaruhi secara halus minda manusia dari zaman kanak-kanak lagi.

Kita saksikan sendiri kuncu-kuncu Illuminati yang asalnya dari Knights Templars yang akhirnya bergabung dengan Masons (tukang-tukang batu scotland) menjadi Freemasons, mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Kabbalah dan Black magic.

Jika zaman dahulu, kebanyakan ahli sihir akan dibenci dan ditangkap serta dibakar hidup-hidup. Tetapi kini ahli-ahli sihir kebanyakannya menjadi manusia popular yang diminati ramai dan sihir semakin digemari ramai juga. Tidak kah keadaan ini sudah menjadi terbalik dan bukan yang sepatutnya? Fikir-fikirkan lah …….

Rujukan :

1 - http://www.harunyahya.com

2 - Wikipedia
Read More ..

Thursday, August 28, 2008

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September


Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September

Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am


Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan
Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.
Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu
menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan
Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.
Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang
Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak
yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya
kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang,
merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.
Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia,
memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa
era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.


Liku perjuangan politik Anwar
Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak
keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun
ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk
Anwar Ibrahim.
Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen
Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa
Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat
sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.
Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat
terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan
melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN.
Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over
kill'!
Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik
dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau
sangat.
Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang
menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN
seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan
Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!
Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap
Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio,
internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.
Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan
setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka
tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN
selama 50 tahun.
Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka
bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan
dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.
Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala
bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu
BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.
Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman
dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri
yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.
Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya
mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di
peringkat Persekutuan.



Hasil kemenangan Anwar
Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling
besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu
Melayu dan agama diketepikan rakyat.


Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN.
MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan
BN
Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak
berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat
bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir
terkubur.
Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk
berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed
Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah
dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar
tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!


Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.


Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.


Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir.
Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan!
- mks. Read More ..

Wednesday, August 27, 2008

Dr M: Mesej Permatang Pauh sia-sia







Dr M: Mesej Permatang Pauh sia-sia
Aug 27, 08 5:31pm

Dengan gaya sindirannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ketewasan
BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia"
daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Mesej
yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi
sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada
mata untuk melihat," katanya, mengulas satu lagi prestasi buruk BN
selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lepas.
Bekas
timbalannya yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan
majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388.

Bekas
perdana menteri berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak
disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno.

"Kamu
boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak
akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya.

"Apabila
datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya
dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr
Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden
Umno sejak beberapa bulan mutakhir.

Tambahnya, pengundi di
kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan
calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi "dengan berat hati
penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar
yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi."

"Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga.

"Apakah
yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang
lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu
liwat)," rungutnya.

Dr Mahathir kemudian mengulangi kata duanya
kepada Umno, sama ada memaksa Abdullah meletakkan jawatannya sekarang
atau terpaksa mengalami ketewasan teruk lagi dalam pilihanraya umum
akan datang.

"Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang.

"(Tindakan) ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokongnya dan BN.

"Jika
ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah
dua tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini," katanya.

Read More ..

Anwar angkat sumpah MP esok







Anwar angkat sumpah MP esok
Aug 27, 08 12:21pm

kemaskini 7:25pm
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh,
akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima
surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung
keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.

anwar ibrahim pc 120508 03Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar
kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih
kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah
Omar Shah sebanyak 15,671 undi.

Mantan menteri kewangan itu,
akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat
sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.

Ketua Whip PKR,
Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan
DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat
kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.

Kemunculan bekas
timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak,
khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru
menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan
penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara
dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Permulaan sesi
sidang dewan ke-12 selepas pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan
kunjungan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan penulis blog, apabila
buat pertama kali pembangkang mempunyai 82 ahli parlimen.

Mengulas
kehadiran orang ramai, Pandikar Amin dilaporkan berkata keselamatan
bangunan itu tidak akan diperketatkan dan "macam biasa."

Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi jaminan tidak ada
tambahan anggota polis atau sekatan jalan raya bagi menghadapi situasi
itu.

Read More ..