Thursday, November 27, 2008

Tiada Lagi Masjid Hadhari !


Ditulis oleh Wartawan Buletin
Thursday, 27 November 2008

Jerteh – Impian bekas Menteri Besar, Dato Seri Idris Jusoh untuk melihat ‘buah tangannya’ masjid indah dan terbesar di bandar ini dinamakan sebagai ‘Masjid Hadhari’ mungkin tidak menjadi realiti.
(Gambar - papan tanda Masjid Hadhari telah ditanggalkan)



Buletinonline dimaklumkan hari ini oleh penduduk sekitar masjid tersebut ada pihak yang telah menanggalkan papan tanda besar bertulis ‘Masjid Hadhari’ dihadapan masjid itu baru-baru ini.

Menurut seorang daripada mereka, Mustafa Husin, 67, beliau difahamkan ‘pihak istana’ telah mengarahkan supaya papan tanda tersebut di lenyapkan kerana masjid itu tidak akan dinamakan dengan nama ‘Masjid Hadhari’.


“Ada orang tanggalkan ‘label’ masjid hadhari depan masjid baru-baru ini, tak tahu siapa yang tanggalkan,
“tapi mengikut orang ramai, arahan ‘pihak istana’, pasal masjid ini akan diberi nama dengan nama lain,”katanya yang ditemui Buletinonline hari ini.

Seorang lagi penduduk, Ramli Awang, 58, ketika ditemui turut mengesahkan perkara tersebut namun tidak pasti apakah nama yang akan diberikan kepada masjid yang dikatakan bernilai RM10 juta. Read More ..