Saturday, July 21, 2007

Pulihkan pilihanraya dan demokrasi, himpunan rakyat 10 November ini!


Pulihkan pilihanraya dan demokrasi, himpunan rakyat 10 November ini!
Posted on Saturday, July 21 @ 14:24:05 MYT by greenboc

Berita aKUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengisytiharkan 10 November depan sebagai tarikh himpunan besar-besaran rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bebas serta adil termasuk memulihkan demokrasi negara yang semakin pincang.

Perhimpunan aman tersebut di samping menuntut kebebasan serta hak rakyat untuk memilih sebuah kerajaan Imageyang adil ianya sebagai satu bantahan dan desakan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menunai tuntutan Bersih selama ini yang tidak diendahkan malah diabaikan seperti pengunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos, penyemakan semula daftar pemilih dan akses yang sama rata kepada media.

Pengisytiharan tersebut disampaikan oleh jurucakap Bersih, Syed Shahir yang juga merupakan Presiden MTUC di hadapan sejumlah hampir 5,000 orang yang hadir pada Konvesyen rakyat di Dewan Perhimpunan Cina dekat sini semalam.

Konvesyen tersebut yang bertemakan 'Bersihkan Pilihan Raya, Kembalikan Hak Rakyat' turut dihadiri oleh para pimpinan tertinggi parti politik seperti Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Penaja Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim, beberapa pimpinan serta Ajk PAS Pusat dan 25 wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti CIJ, Jerit, Wami, Aliran, Gamis, Dema termasuk persatuan mahasiswa.

ImageBagaimanapun sekiranya parlimen dibubarkan atau pilihanraya diadakan lebih awal daripada tarikh himpunan itu, Pengerusi Majlis Konvensyen yang juga merupakan Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu menjelaskan kepada umum bahawa himpunan tersebut tidak dibatalkan malah diadakan lebih awal menjelang pilihan raya tersebut.

Konvesyen tersebut antara agendanya ialah mendedahkan salah laku dan kerja penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dalam membantu parti pemerintah Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan menang dalam pilihan raya dengan cara yang tidak adil di samping mengajak seluruh rakyat Malaysia bangkit menentang penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN khususnya Umno selama ini yang kebanyakannya menindas rakyat dan membolot kekayaan secara melimpah ruah termasuk melalui kaedah rasuah.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan oleh wakil-wakil NGO yang menyatakan sokongan mereka terhadap tuntutan dan tindakan yang dilakukan oleh Bersih dengan disusuli oleh ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik. Image

Ustaz Hadi yang turut berucap dalam konvensyen itu merasa terharu dengan kesungguhan serta sokongan yang ditunjukkan oleh hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang agama malah sanggup bersatu padu dalam menentang kezaliman pemimpin BN dan memastikan agar demokrasi berjalan dengan lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.

"Walaupun berlainanan ideologi dan fahaman agama,kita wajib bersatu menentang kezaliman," ucap beliau disambut dengan tepukan gemuruh khalayak yang hadir.

"Perubahan tidak akan berlaku jika kita tidak berani membuat pengorbanan," katanya yang dalam masa sama Imagemenyeru semua pihak mengembleng tenaga merealisasikan harapan dan agenda Bersih dan Barisan Alternatif (BA) memulihkan demokrasi dan membela nasib rakyat yang tertindas.

Dalam pada itu Anwar berucap menyatakan sokongan atas usaha Bersih dan rakan parti politik yang lain, menyimpulkan bahawa tidak wujud sebuah pilihan raya yang bersih sekiranya tiada kebebasan media di samping memberi amaran kepada SPR dan anggotanya supaya menjalankan amanah dengan sebaiknya jika tidak mahu rakyat menghukum dan dikenakan tindakan penjara atas salah-laku yang dibuat selama ini. Image

"Gabungkan dengan kekuatan yang besar, kita mahu selamatkan Malaysia dan dedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh BN dan Umno selama ini," ucapnya.

"Saya juga mahu isytiharkan bahawa tema 50 tahun kemerdekaan negara kita ialah...'Selamatkan negara Malaysia!'," katanya.

Majlis diakhiri dengan pembacaan ikrar 'komitmen reformasi pilihan raya' secara beramai-ramai oleh semua pimpinan parti politik, NGO dan kesemua ribuan hadirin di dewan tersebut yang kemudiannya bersurai sekitar jam 12 tengah malam.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui selepas majlis tersebut menyatakan bahawa menjelang tarikh himpunan rakyat tersebut, Bersih telah mengatur jadual untuk mengadakan siri jelajah dan 'roadshow' di setiap negeri di seluruh negara bagi mendedahkan kepincangan SPR, kerosakan pilihan raya Malaysia kepada rakyat di samping mengajak rakyat untuk turut serta dalam himpunan yang bakal diadakan nanti.-Az Read More ..