Saturday, June 20, 2009

Artis Hollywood Pro/anti Israel

Apa kata mereka tentang Serangan Israel di Gaza...

Posted by NISA' PULAU PINANG

Kempen ganas Israel terhadap Gaza telah membuka mata semua orang di dunia. Tak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang menyokong. Namun kebanyakan dari mereka menyumpah Israel. Ramai dari mereka yang turun serta memberikan bantuan dan melakukan sesuatu tindakan, seperti pemuzik Michael Heart yang telah menciptakan lagu We Will Not Go Down, yang seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestin. Berikut adalah komentar artis-artis Hollywood atas pembantaian yang terjadi di Gaza.


“Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.” TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

*Satuumat : Orang gila ini beragama Sciencetology. Semoga negara-negara Islam memboikot filem-filemnya.

“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.” WILL SMITH - (Ali, Men In Black)

*Satuumat : Boleh tahan le walaupun masih tak betul anggapannya. Maklumlah... cari makan.

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.” GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)

*Satuumat : Hidup Batman!

“Bangsa Arab dan orang Islam bukan teroris. Dunia harus bersatu melawan Israel.” ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)

*Satuumat : Tak sia-sia Tuhan anugerahkan bibir tercantik kepadamu kerana sekurang-kurangnya engakau melafazkan kata-kata yang indah ini.


“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka harus ditumpas habis.” RICHARD GERE - (Pretty Woman)

*Satuumat : Kalau engkau mati ditembak oleh pengganas satu hari nanti, faham-faham sajalah.

“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?” SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.” MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)

*Satuumat : Sikapmu yang menentang kezaliman AS dan Britain sangat dihargai. Semoga Islam menjadi pilihanmu.

“Cuba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka Anda akan tahu, siapa yang sebenarnya teroris.” AL PACINO - (The Godfather)

*Satuumat : Bagus, engkau nampaknya seorang yang berpelajaran tinggi.

“Kemanusiaan akan dapat ditegakan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.” DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)

*Satuumat : Beginilah cakap-cakap orang tak ada pelajaran dan kesedaran.

“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.” RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)

“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.” KEANU REEVES - (Speed, Matrix)

*Satuumat : Ada betulnya juga kata-katamu ini jika yang ditujukan itu ialah kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini.

“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…” HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)

*Satuumat- Yah, bangsamu memang dipilih untuk menjadi bahan bakar api neraka jahannam. Read More ..

Tuesday, June 9, 2009

SEMAKAN ARAH KIBLAT




SEMAKAN ARAH KIBLAT KETIKA MATAHARI TEPAT ATAS KAABAH

Pada 28 Mei 2009 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2009 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM), umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing. Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah bagi tahun 2009 yang merupakan tahun lompat pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.




SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang ) & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat

Read More ..

Tuesday, June 2, 2009

Ranapnya Langit Hadhari




Kuala Terengganu 2 jun 2009, 9.45pagi.
Satu lagi Projek BN yang Tidak pernah dilihat, di dengar dan dipikir.

Read More ..

Monday, May 11, 2009

Hakim: Nizar MB Perak yang sah


Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm
kemaskini 7.55pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," kata Abdul Aziz, yang mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.


Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
Malaysiakini Read More ..

Sunday, May 10, 2009

Ceramah Isu DUN Perak: YB Dr Khalil Idham Lim


video
Beliau adalah ADUN Titi Serong, Negeri Perak..
Lihat Profile lengkap
di Blog nya... Read More ..

Thursday, May 7, 2009

1 MALAYSIA: PEMERINTAHAN ALA SAMSENG?






























DetikDaily-Oleh Angkasanuri

Hari ini sejarah tercipta apabila Umno@BN mengupah samseng dan mengarahkan polis merampas kerusi speaker Dun Perak. Tindakan yang sama sekali menghina dan mencemar kesucian lambang demokrasi yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden manusia di mana-mana pun penjuru dunia.


Inilah gaya dan lagak samseng pemimpin Umno@BN yang kononnya mengutamakan rakyat. Mereka bersikap rakus dan mengamalkan tindakan ala gangster untuk menafikan pilihan rakyat dalam pilihanraya lalu. Apa yang berlaku begitu menjelik dan memalukan tindakan hodoh yang tidak berperikemanusiaan. Semua ini berlaku apabila pemimpin yang tidak amanah mementingkan tembolok dan nafsu nafsi dipilih untuk menerajui negara.

Apa yang berlaku bukan sahaja menghina sistem demokrasi tetapi juga mencemar nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Tak tahu apalah nasib agama, bangsa dan negara ini selagi pemimpin seperti ini dibiarkan bermaharajelala menerajui negara. Negara boleh hancur dan terlingkup apabila mereka menafsirkan undang-undang mengikut kamus dan kemahuan sendiri. Read More ..

Tuesday, May 5, 2009

Mursyidul Am memecahkan Kebuntuan

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam - Nik Aziz
Tue | May 05, 09 | 6:51:26 pm MYT

KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.

"Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.

"Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.
HD Read More ..