Wednesday, August 27, 2008

Dr M: Mesej Permatang Pauh sia-sia







Dr M: Mesej Permatang Pauh sia-sia
Aug 27, 08 5:31pm

Dengan gaya sindirannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ketewasan
BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia"
daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Mesej
yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi
sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada
mata untuk melihat," katanya, mengulas satu lagi prestasi buruk BN
selepas kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lepas.
Bekas
timbalannya yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan
majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388.

Bekas
perdana menteri berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak
disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno.

"Kamu
boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak
akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya.

"Apabila
datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya
dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr
Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden
Umno sejak beberapa bulan mutakhir.

Tambahnya, pengundi di
kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan
calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi "dengan berat hati
penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar
yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi."

"Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga.

"Apakah
yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang
lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu
liwat)," rungutnya.

Dr Mahathir kemudian mengulangi kata duanya
kepada Umno, sama ada memaksa Abdullah meletakkan jawatannya sekarang
atau terpaksa mengalami ketewasan teruk lagi dalam pilihanraya umum
akan datang.

"Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang.

"(Tindakan) ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokongnya dan BN.

"Jika
ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah
dua tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini," katanya.

2 comments:

  1. Betui ke Perdana Menteri kita OKU. Ini sudah tenat, orang buta+pekak mana boleh jadik pemimpin..

    ReplyDelete
  2. Betui ke Perdana Menteri kita OKU. Ini sudah tenat, orang buta+pekak mana boleh jadik pemimpin..

    ReplyDelete