Thursday, August 28, 2008

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September


Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September

Thu | Aug 28, 08 | 9:43:10 am


Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan
Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.
Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu
menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan
Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.
Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang
Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak
yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya
kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang,
merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.
Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia,
memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa
era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.


Liku perjuangan politik Anwar
Anwar melalui perjalanan politik yang penuh berliku. Tidak
keterlaluan untuk dikatakan bahawa setakat ini tiada ada seorang pun
ahli politik di Malaysia yang mengharungi liku kerjaya politik seteruk
Anwar Ibrahim.
Semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar. Kaki liwat! Agen
Amerika! Kaki kelentong! Perasuah! Agen bangsa asing! Perosak bangsa
Melayu! Pengancam agama Islam! Pemusnah negara! Dahsyat...amat dahsyat
sekali kecaman dan tuduhan BN terhadap Anwar.
Bukan bermakna penulis atau mana-mana penyokong Pakatan Rakyat
terlalu taksub kepada Anwar. Tetapi tuduhan BN ini amat dahsyat dan
melampau. Semua tuduhan ini menyebabkan rakyat muak dengan BN.
Tuduhan-tuduhan melampau inilah yang sebenarnya menyebabkan BN 'over
kill'!
Dalam politik..biasalah hentam menghentam, kritik mengkritik
dan sebagainya. Tetapi berpada-padalah sedikit. Janganlah melampau
sangat.
Ini tidak. Jelas dilihat walaupun rakyat Permatang Pauh yang
menghadapi PRK, namun kempen dan serangan media yang menjadi 'barua' BN
seolah-olahnya berpesta dengan pelbagai tuduhan terhadap Anwar dan
Pakatan rakyat.

Kempen BN dan media pengampu terpaksa menghadapi PRK Permatang Pauh, sama seperti mereka menghadapi Pilihan Raya Umum!
Pelbagai tuduhan, fitnah dan kecaman dilemparkan BN terhadap
Anwar dan Pakatan Rakyat, sama ada menerusi televisyen, akhbar, radio,
internet dan apa juga saluran yang mereka boleh usahakan.
Kempen besar-besaran BN untuk menyekat Anwar dilakukan bukan
setakat untuk menghalangnya masuk ke Parlimen sahaja, bahkan mereka
tahu bahawa Anwar boleh menjadi penyebab utama tumbangnya keangkuhan BN
selama 50 tahun.
Hakikat sebenarnya pemimpin BN tidak pernah sedar bahawa mereka
bukan berhadapan dengan Anwar seorang diri. BN sebenarnya berhadapan
dengan 'force' besar iaitu kuasa rakyat.
Rakyat yang mahukan perubahan. Rakyat yang menolak segala
bentuk tohmahan dan serangan politik yang melampau oleh media pengampu
BN.

Rakyat sebenarnya mengubah paradigma dan persepsi bahawa BN sahaja yang boleh memerintah.
Lihatlah dengan jelas, apa sahaja tohmahan, adu domba, kecaman
dan usaha-usaha jahat BN serta media 'barua' untuk mengugat lima negeri
yang diterajui Pakatan Rakyat, semuanya gagal.
Kuasa rakyat, kehendak rakyat dan sokongan rakyat sememangnya
mahukan negara berubah ke arah pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di
peringkat Persekutuan.



Hasil kemenangan Anwar
Sekarang ini Barisan Nasional menghadapi masalah paling
besar. Hasrat Umno untuk kekal berkuasa dengan mengekslpoitasikan isu
Melayu dan agama diketepikan rakyat.


Gerakan sepatutnya berfikir semula untuk meneruskan hasrat keluar BN.
MCA yang terbahagi kepada dua pendapat, semakin cenderung meninggalkan
BN
Kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
terumbang ambing, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hampir pasti tidak
berpeluang menjadi PM. Parti Umno yang sedang menghadapi mesyuarat
bahagian dan pemilihan Majlis Tertinggi sekarang semakin hampir
terkubur.
Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memikirkan secara serius untuk
berhijrah keluar negara, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Mohamed
Ezam Md Nor dan para kroni mereka harus bersedia menelan segala muntah
dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ada seorang lagi pembelit besar yang tiba-tiba menyerang Anwar
tanpa memikir risiko yang bakal menimpanya. Dato' S. Nallakaruppan. Adeii Nalla..yenge poringge..? (Mana lu mau pergi). Mana lu mau taruk lu punya muka sekarang!


Hari ini pemimpin-pemimpin utama Umno/ BN terpaksa berhadapan secara 'live' dengan Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.


Sejak dari PRU 8 Mac lepas, laluan mereka di Parlimen tidak lagi mudah. Mereka semakin sukar sekarang ini.


Mulai hari ini, usaha membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat semakin hampir.
Itulah kehendak rakyat sebenarnya. Insya-Allah, Anwar mampu melakukan!
- mks.

0 komentar:

Post a Comment