Wednesday, September 23, 2009

Ahmadinejad mahu 'potong tangan' pihak serang Iran




Berita Harian, Rabu, 23 September 2009

Ulangi tuntutan agar tentera AS tinggalkan Iraq, Afghanistan

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran akan 'memotong tangan' mana-mana pihak yang mahu menyerang Iran dan mengulangi tuntutannya agar tentera asing pimpinan Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan Afghanistan.

"Tidak ada kuasa yang berani melancarkan keganasan ke atas Iran.
Iran hari ini mempunyai pengalaman dan kekuatan," kata Ahmadinejad dalam ucapan sempena ulang tahun tercetusnya perang Iran-Iraq pada 1980.

"Angkatan tentera kami bersedia menentang musuh. Jika sesiapa mahu menembak peluru ke arah kami, kami akan potong tangan mereka," katanya.

"Seluruh dunia perlu sedar bahawa rakyat Iran akan bersungguh-sungguh mempertahankan hak dan negara mereka," kata Ahmadinejad yang berlepas dari Iran ke New York selepas ucapan itu untuk menghadiri perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Ucapan Ahmadinejad diikuti dengan satu perarakan tentera, acara tahunan menandakan tercetusnya perang di antara Iran dan Iraq yang berlanjutan hampir sedekad.

Hampir sejuta penduduk di kedua-dua pihak mati dalam perang yang tercetus sebaik saja selepas revolusi Islam di Iran pada 1979.

Sementara itu, di TEL AVIV, Israel dilaporkan cuba meyakinkan delegasi perhimpunan agung PBB untuk meninggalkan dewan ketika presiden Iran itu menyampaikan ucapan di perhimpunan terbabit.

"Beberapa hari lalu, beliau memberikan satu ucapan baru yang berbaur kebencian," kata duta PBB Israel, Gabriela Shalev kepada radio tentera yang merujuk kepada Ahmadinejad yang Jumaat lalu sekali lagi menyifatkan Holocaust sebagai satu mitos dalam satu kenyataan yang mencetuskan kemarahan negara Barat dan Russia. AFP
BH..

3 comments:

  1. May God help us offer prayer in Al Aqsa before death.
    http://ceramicstiles.info

    ReplyDelete
  2. mantap postingannya,,,
    http://www.pgsduntirta.co.cc/
    nitip link mas

    ReplyDelete