Friday, August 28, 2009

Kurma MB Tganukite


Terengganu Belanja RM8.3 Juta Untuk Kurma Dan Air Zamzam

July 4, 2009 by alamakademik

KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Kerajaan Negeri membelanjakan RM8.3 juta untuk membeli kurma dan air zam-zam untuk diagih kepada umat Islam di Terengganu pada bulan Ramadan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan merancang untuk mengagihkan 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam itu kepada 300,000 buah rumah di seluruh negeri.

“Program agihan air zam-zam dan kurma ini akan dibuat pada minggu pertama atau kedua bulan puasa ini, dan semua umat Islam di negeri Terengganu akan menerimanya tanpa mengira fahaman politik mereka,” katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata pengagihan akan dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta pejabat-pejabat Dewan Undangan Negeri.

Ahmad berkata kerajaan negeri sudah mengarahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan supaya dapatkan senarai rumah-rumah termasuk taman-taman perumahan daripada JKKK bagi tujuan itu.

– BERNAMA
----------------------------------
Bulan Puasa ni Ustaz kata Setan kene ikat. Aku ingat Jin (JKKK) kene ikat sekali dengan setan....ooo tidak..
Apa yang memeranjatkan aku, JKKK sendiri yang hantar kat rumah aku. Kerana sudah 8 tahun hanya kirim melalui orang kedua..,aku rasa MB dah pesan camtu kot..
Boleh tahan tarbiyah MB pada JKKK ni. Inilah kali pertama rumah aku dimasuki anasir 'Gelombang BIru' sejak Deris jadi MB.

2 comments:

  1. hati-hati kot sekali kene gelombang terus hanyut. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, krn ingatkan saya.

    ReplyDelete