Wednesday, October 8, 2008

Penyingkiran Bermotif Politik – Syed Azman



Ditulis oleh SM Noor

Kuala Terengganu - Penyingkiran beramai-ramai pemimpin dan lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Terengganu adalah merupakan tindakan politik Menteri Besar (MB), Dato’ Ahmad Said bagi menghadapi musuh-musuhnya.

”Ia lebih merupakan tindakan politik, MB sedang meletakkan kroni-kroni beliau dalam syarikat-syarikat tersebut,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata ketika mengulas tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan negeri ekoran kenyataan Ahmad kelmarin.

Beliau yang dihubungi Buletinonline memaklumkan turut menerima laporan berlaku diskriminasi dan salah guna kuasa dalam penyingkiran beberapa Ketua Pegawai Ekskutif (CEO).



“Satu kes yang specific (khusus), seorang CEO yang telah berkhidmat lebih 20 tahun telah diberikan notis sebulan supaya berhenti, ini satu diskriminasi,”ujar beliau.


Menurut beliau CEO tersebut kini telah memfailkan satu saman terhadap kerajaan negeri Terengganu dan menuntut kerajaan negeri membayar RM 4 juta.

Beliau mengalu-alukan kenyataan Ahmad untuk melaporkan sebarang penyelewengan yang berlaku kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Namun demikian menurut beliau Ahmad perlu membuat laporan kepada BPR atau pihak polis, bukan hanya mengeluarkan knyataan kpada pihak media.

“Kalau betul ada penyelewengan yang berlaku (dalam GLC) dia (Ahmad) mesti laporkan kepada polis atau BPR, bukan sekadar menyebut begitu sahaja,”tegas beliau.

Tindakan tersebut perlu diambil kerana menurutnya syarikat-syarikat GLC mempunyai Laporan Tahunan yang telus dan telah diterima umum.

Beliau bercadang akan membawa kes penyingkiran beramai-ramai pemimpin dan lembaga pengarah GLC negeri Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.
Komen (0)Add Comment

0 komentar:

Post a Comment