Monday, September 15, 2008

Di Ambang Hari Malaysia 2




Peralihan kuasa:Najib masih berpendirian seperti Jumaat

Fokus sepanjang hari Isnin bertumpu ke Putrajaya bila tersebar khabar mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan pertemuan empat mata dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.Pertemuan dari jam 10 pagi dikatakan bertumpu kepada isu peralihan kuasa 2010 yang telah dipersetujui antara mereka sebelum ini.Perubahan yang dijangka beri kesan besar kepada pelan berkenaan berlaku Jumaat lalu bila Najib berkata beliau menyerahkan kepada bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara menentukan pendirian masing-masing keatasnya

Berbagai cerita telah menjalar keluar tidak lama selepas pertemuan itu berakhir pada jam 2 petang.Satu laporan sebuah laman web berbahasa Inggeris tidak lama selepas pertemuan itu telah memetik sumber-sumber sebagai memberitahu bahawa Najib telah memberi jaminan beliau tidak akan berganjak dari pelan asal 2010.Namun ada sumber-sumber lain memberitahu Agendadaily bahawa Najib tetap ingin menyerahkan hal itu diputuskan oleh bahagian-bahagian UMNO sendiri.Ini berdasarkan feedback yang mengatakan kebanyakan UMNO Bahagian mahu kuasa penentuan itu diberi kepada mereka selaras dengan peruntukkan perlembagaan parti.Ada juga sumber lain yang memberitahu kedua-dua mereka telah bersetuju untuk ' minta pandangan' Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat petang Khamis ini.Difahamkan mungkin para ahli Majlis Tertinggi akan buat pengundian keatasnya.Apapun ia dikatakan tidak dapat mengikut pendirian bahagian-bahagian.Bagaimanapun menurut sumber berkenaan setahunya setakat ini tidak timbul Najib telah ubah pendirian hari seperti dinyatakan hari Jumaat. - 15/9/2008

0 komentar:

Post a Comment