Friday, July 18, 2008

PAS menyelar tindakan terhadap Presiden Sudan

TranungKite Online v7.0 - PAS menyelar tindakan terhadap Presiden Sudan
PAS menyelar tindakan terhadap Presiden Sudan
Dilulus terbit pada Wednesday, July 16 @ 12:20:00 MYT oleh SongkokPutih

Kenyataan Media Oleh DS TG Haji Abdul Hadi

Keputusan Ketua Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam mengeluarkan waran tangkap bagi membicarakan Presiden Sudan, Omar al Bashir atas dakwaan pembunuhan kaum, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Wilayah Darfur dilihat oleh PAS sebagai suatu tindakan yang "bias" dan lebih didorong oleh semangat penjajahan yang sepatutnya telah lenyap diabad ini.


Mahkamah tersebut dilihat membuat keputusan tanpa mengambil kira penglibatan dan campurtangan Barat kerana kepentingan mereka di wilayah tersebut yang langsung tidak menghormati kedaulatan dan kemerdekaan negara Sudan.



Dalam hal ini negara-negara Barat seolah memejamkan mata mereka terhadap jenayah perang yang dilakukan secara terang-terangan termasuklah pembunuhan orang-orang awam oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghanistan, Somalia dan begitu juga oleh Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.



Bagaimana mahkamah ini diharapkan memberikan keadilan sedangkan Amerika Syarikat dan beberapa negara kuasa besar dunia enggan menandatangani perjanjian mengiktiraf mahkamah antarabangsa yang berpusat di The Hague itu?



Bagi PAS agenda jahat Barat ini sesungguhnya bukan hanya menyentuh dan mencabar rakyat Sudan malah ianya turut menyentuh dan mencabar semua umat Islam seluruh dunia.



4 Julai, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

0 komentar:

Post a Comment